Monday 11 August 2014




                                     AC301 : TAMADUN ISLAM
TAJUK :
SEJARAH KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DI ZAMAN UTHMANIAH
DISEDIAKAN UNTUK :
ENCIK MOHD FAIZAL MAT PESA
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA
NO MATRIK
SYAFIQAH BINTI AHMAD
14EPM13F1001
SYAHNAZ BINTI KHAIRUL ANUAR
14DPM13F1801
NUR AMIRAH BINTI SAZALI
14DPM13F1023
FARIHA FASHA BINTI HAMDAN
14EPM13F1002
MUHAMMAD AMIRUL AZAT BIN ZAHID
14DPM13F1003

TARIKH HANTAR :
12 OGOS 2014









PENDAHULUAN

Kerajaan uthamaniyah merupakan sebuah kuasa islam yang muncul dibarat laut anatolia kira-kira pada awal abad ke-14 masihi. Kemunculannya berkait rapat dengan keadaan dunia islamyang kucar-kacir selepas serangan monggol pada bahagian pertama abad ke-13 masihi.
Suasana politik yang bepecah belah di eropah ketika itu telah memberikan peluang kepada kerajaan uthamaniyah meluaskan kekuasaannya di balkan pada pertengahan abad ke-14 masihi dengan kejayaan besar di kosovo pada tahun 1389 masihi dan nicoplis pada tahun 1396 masihi.kerajaan ini bertahan selama kira-kira enam abad dan berakhir selepas berlakunya perang dunia pertama. 




SEJARAH KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DI ZAMAN UTHMANIYAH



LATAR BELAKANG KEMUNCULAN TAMADUN  ISLAM ZAMAN UTHMANIYAH

  • Diambil sempena nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman Bin Ertughul Bin Sulaiman Syah yang berasal dari Suku  Qayi iaitu dari sebuah kabilah Al-Ghuzz  dari kalangan orang islam Turki yang tinggal berdekatan dengan  laut Caspian.
  • Beliau merupakan amir(Gabenor Seljuq) di kawasan barat Anatolia yang bersepadan dengan empayar Byzantine (Rom Timur). 
  • Apabila pemimpin suku Ughu iaitu Ertughul meninggal dunia (1280M),puteranya Uthman menggantikannya sebagai pemimpin di wilayah pemberian Turki Seljuq ini.
  • Seorang pemimpin yang telah terlibat dalam memerangi kaum monggol ketika berkhidmat kepada kesultanan Seljuq dan Berjaya menumpaskan pihak Byzantine sehingga sultan Ali al-Din mengangkatnya sebagai Amir dengan nama Bad al-Shah Al Uthman .
  • Uthmaniyah pada awalya adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai ukhu. 
  • 2 buah kerajaan yang dimiliki bangsa turki adalah kerajaan turki seljuq dan kerajaan turki uthamaniah. Kejatuhan kerajaan turki seljuq  adalah disebabkan serangan dari pasukan monggol  dan ini adalah titik permulaan awal bagi membentuk  kerajaan turki uthamaniah yang menampung kerajaan –kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. 
  • Pengikut-pengikutnya dipanggil ghazi iaitu tentera yang berjuang memerangi kristian kerana jihad untuk menegakkan islam.
  • Kehebatan uthman yang memerintah Turki telah disambung oleh pemimpin-pemimpin lain selepasnya yang mempunyai  kekuatan peribadi dan moral yang tinggi seperti  sultan murad I,sultan murad II,sultan bayazid I,sultan muhamad al-fatih,sultan salim I dan mencapai tahap kegemilangannya pada zaman sulta sulaiman qanuni (1520-1566)


PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM DI ZAMAN UTHMANIAH

ZAMAN KEMUNCAK TAMADUN UTHMANIAH
 A.Sistem Ketenteraan
  • Kerajaan Uthmaniah adalah kerajaan pertama yang terkenal dalam bidang ketenteraan dengan menubuhkan angkatan tentera yang disebut Janisari atau Inkisariyah
  • Anggotanya terdiri daripada pemuda tawanan yang telah dididik secara professional dengan memperkukuhkan aspek doktrin islam.
  • Melalui sistem ketenteraan ini,akhirnya kerajaan Uthmaniah telah berjaya meluaskan kekuasaanya ke negara-negara bukan islam

B) Sistem Pemerintahan
1.Sultan

  • Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi.
  • Sultan menguasai dua dewan iaitu Dewan Kebangsaan Turki yang bertugas menggubal undang-undang duniawi dengan urusan negara diketuai oleh Wazir Agung dan kedua Dewan Lembaga Pengarah Urusan Agama.



2.Wazir

  • Merupakan orang yang paling berkuasa selepas sultan.
  • Beliau ditugaskan sebagai ketua pentadbiran dan penasihat sultan.
  • Beliau diamanahkan supaya memegang cop mohor sebagai wakil sultan.



3.Syeikh Al-Islam(Mufti)

  • Tugasnya ialah memberi fatwa dalam semua aspek agama         termasuk keputusan berperang terhadap sesama islam
  • Pandangan beliau juga diambil kira dalam pelantikan pegawai pegawai istana

4) Kadi

  • Ditugaskan sebagai ketua agama bagi setiap wilayah.
  • Berkuasa melaksanakan hukum jenayah dan sivil menurut syariat islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah



5) Tentera

  • Beylerbey merupakan pangkat ketenteraan yang paing tinggi.
  • Mempunyai kuasa yang luas menyebabkan  putera mahkota terpaksa tunduk kepadanya
  • Digelar dengan gelaran ‘pasha’.



C) Penyebaran islam ke Eropah

  • Semangat ketenteraan dan semangat ghazi yang tidak gentar untuk berjuang bagi penyebaran agama.
  • Pegangan akidah yang kukuh dan ketinggian akhlak para pemimpin dan rakyatnya telah menyebabkan islam mudah menyebarkan islam ke Eropah
  • Kejatuhan institusi gereja,pergaduhan pemimpin dan kekuranggan wang juga menyebabkan islam mudah tersebar ke Eropah.




          PEMERINTAH YANG MEMACU KEPADA ZAMAN                          KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN KERAJAAN UTHMANIAH


1) Sulaiman Al-Qanuni (Sulaiman II)
A) Latar Belakang 

  • Suleiman I adalah Sultan Turki Uthmaniyyah ke-10 yang berkuasa dari tahun 1520 hingga 1566. 


  • Dikenali sebagai Suleiman yang luar biasa di barat dan pemberi undang-undang di timur kerana pencapaiannya dalam menyusun kembali sistem undang-undang Uthmaniah.
  • Digelar Al-Qanuni kerana jasanya dalam mengkaji dan menyusun semula sistem undang-undang kerajaan Bani Turki Uthmaniah dan pelaksanaannya secara teratur 


  • Beliau membuat penyusunan dan kajian tentang budaya masyarakat islam Turki Uthmaniah untuk diselaraskan dengan kehendak undang- undang syariah islamiah.


B) Penaklukan Sultan Sulaiman di Eropah

  • Sulaiman Al-Qanuni telah memulakan beberapa siri ketenteraan, antaranya ialah dengan memadamkan pemberontakan di Damsyik pada 1521.
  • Beliau menakluki Belgrade dan memulakan pengeboman dari pulau yang terletak di Danube dengan kekuatan tentera sebanyak 700 orang dan tidak menerima sebarang bantuan dari Hungary
  • akhirnya Belgrade Berjaya ditakluki pada bulan Ogos 1521


C) Sulaiman Al-Qanuni sebagai orang muda

  • Penaklukan Belgrade menghuru-harakan Hungary, membawa kepada kematian Raja Louis II,penaklukan buda, Transylvania, kejatuhan kerajaan dan kebimbangan Negara jiran.
  • Pada tahun 1522M, Sulaiman telah menghantar armada laut sebanyak 400 kapal dan memimpin tentera sebanyak 100,000 orang dengan melintasi Asia Minor ke arah kedudukan yang bertentangan dengan pulau
  • Rhodes telah Berjaya ditakluki dan sulaiman membenarkan kesatria Rhodes untuk berlepas.
  • Sulaiman Berjaya menewaskan Raja Louis II dalam pertempuran Mohacs. 
  • Pertahanan Hungary telah dimusnahkan dan Empayar uthmaniah telah berjaya menguasai kawasan timur eropah dengan pengukuhan tentera sebanyak 16000 orang,
  • Austria telah mengakibatkan kekalahan pertama sulaiman ,yang akhirnya menabur benih pemusuhan antara kerajaan uthmaniah dan habsburg sehingga abad  ke-20
  • Pada tahun 1540-an ,pembaharuan konflik di hungary memberi peluang kepada sulaimani untuk membalas dendam ke-atas kekalahannya di vienna.
  • Habsburg akan mengambil takhta hungary sekiranya louis ii mangkat tanpa meniggalkan waris.

D) Berlakunya Perang Esztergom

  • Pada tahun 1541M, Habsburgs melancarkan perang ke atas Buda.
  • Mereka berjaya dipatahkan dan akhirnya tentera  Habsburg ditawan.
  • Ferdinand telah mengumumkan dakwaanya kepada kerajaan Hungary dan dipaksa membayar sejumlah tetap setahun kepada tanah sultan Hungary  di mana beliau mengawal. 
  • Charles v adalah raja Sepanyol telah memberi peluang kepada Sulaiman untuk mengisythiharkan dirinya sebagai ‘caesar’ yang sebenar. 
  • Peristiwa Pertama adalah Shahtahmasp dan telah membunuh gabenor Baghdad yang menyatakan taat setia kepada sultan dan digantikan dengan pewaris Shah. 
  • peristiwa kedua Gabenor Bitlis telah berpaling tadah dan menyatakan kesetiaanya kepada kerajaan Safavid. Sulaiman I dan Ibrahim telah memuat beberapa serangan ke atas Baghdad, akhirnya komandernya menyerah diri dan mengesahkan sulaiman I sebagai pemimpin dunia islam dan menggantikan kepada kerajaan Abbasiyah.
  • Sulaiman I memulakan kempen perang dan berakhir ke atas Shah. Satu penyelesaian dibuat termasuk kempen Sulaiman I di Asia. 
  • Perjanjian ini termasuk permulangan semula Tabriz tetapi mempertahankan Baghdad sebagai sebahagian daripada wilayah kerajaan Parsi. Shah juga berjanji untuk tidak mencerobohi wilayah kerajaan Uthmaniah




E) Kempen di Laut Hindi dan India


  • Sulaiman I mengetuai beberapa angkatan laut di Laut Hindi untuk mengusir orang Protugal dan mengadakan semula perhubungan perdagangan dengan India.
  • Pada tahun 1538 Kerajaan Uthmaniah telah menakluki Aden di Yaman untuk dijadikan pangkalan tentera laut  untuk menghapuskan pengaruh Protugis di semananjung barat India. 
  • Pada bulan September 1538, tentera laut Uthmaniah gagal menewaskan Protugis dalam Perang Dui. 
  • Sulaiman membuat keputusan untuk mengambil alih seluruh negara Yaman dan ibu kotanya Sa’na. 
  • Penduduk Aden menentang penaklukan kerajaan Uthmaniah dan mempelawa Portugis mentadbir bandar sehingga ianya dirampas Piri Reis. 
  • Pada abad ke 16, Sulaiman mengawal Lut Merah dan berjaya menguasai laluan perdagangan India serta mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan India



2) Sultan Muhammad II (Muhammad Al-Fateh)

    A) Latar Belakang


  • Pada zaman Murad II, Uthmaniah kembali bangkit dan diteruskan oleh puteranya Muhammad II. Beliau digelar Al-Fatih (Si Penakluk). 
  • Muhammad II telah berjaya menakluki Constantinople pada 1453M. Penaklukan kota tersebut merupakan pintu masuk Eropah dan laluan masuk pedagangan Timur dan Barat. 
  • Muhammad II menjadikan Constantinople sebagai ibu kota kerajaan dan menukar namanya sebagai Istanbul.
  • Kebebasan beragama tetap diberi kepada penduduk Constantinople oleh  Muhammad II. 
  • Penaklukan Costantinople menyebabkan kota ini telah diserang oleh tentera Turki  Uthmaniah.
  • kota Costantinople jatuh ke tangan tentera Turki Uthmaniah 




FAKTOR KEGEMILANGAN DAN KEMAJUAN TAMADUN UTHMANIAH

A) Kemajuan dalam pentadbiran

  • Pemerintahan dan pentadbiran yang bercorak ketenteraan di mana diketuai oleh seorang sultan yang secara langsung menjadi Ketua tentera,Ketua Agama dan Hakim tertinggi.
  • Sultan mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat kerana kedudukannya yang tertinggi dalam pentadbiran.
  • Sultan menguasai dua dewan iaitu dewan kebangsaan turki dan dewan Lembaga Pengarah urusan agama.
  • Sultan tetap menjadi kuasa tertinggi sepanjang pemerintahan turki uthmaniah dalam bidang politik,agama,pentadbiran,dan kewangan


B)Kemajuan dalam bidang pendidikan

  • Empayar turki uthmaniah mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan,pembanggunan,falsafah,kesenian dan teknikal.
  • Lahir pusat-pusat penyelidikan sejarah dan kesusasteraan islam.
  • rakyat diwajibkan mengikuti pendidikan dan latihan ketenteraan.
  • Pada pemerintahan Sulaiman,masjid,sekolah,hospital,makam dan saluran air didirikan di kota-kota besar.



C)Ketenteraan yang kuat


  • Kerajaan uthmaniah menyediakan pasukan ketenteraan yang tersusun dengan adanya pangkat,pakaian seragam,pakaian rasmi dan kelengkapan senjata bagi pengawal tentera dan pembesar-pembesar negara.                                                                                   
  • Sultan memberi sanjungan yang tinggi kepada tentera yang berjaya dalam peperangan dengan hadiah seperti tanah ladang.
  • Kehebatan empayar uthmaniah disebabkan oleh kekuatan akidah mereka kepada Allah,kemuliaan akhlak tentera,kecekapan pentadbiran kepimpinannya dan keberanian angkatan tentera dalam medan perang.






ZAMAN KEMEROSOTAN UTHMANIYYAH 

  • Keperibadian pemerintah yang lemah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami kemerosotan. Sultan dikatakan leka dengan kemewahan dunia sehinggakan mereka tidak mempedulikan hal kebajikan rakyat.
  • Sultan Salim II langsung tidak mempunyai kesanggupan untuk menjaga negeri yang begitu luas. Malah baginda telah menyerahkan urusan pentadbiran Negara kepada wazir yang bernama Muhammad Pasya Secilli. 
  • Kelemahan sultan berpunca daripada kelemahan iman, mereka tidak mengikut syiar dan sunnah Rasulullah s.a.w, malah mereka tidah takutkan Allah S.W.T
  • Sultan juga dikatakan telah dipengaruhi oleh ibu dan isterinya dalam hal pentadbiran, ini menunjukkan bahawa sultan tidak mempunyai pendirian yang teguh dalam menentukan keputusan. 
  • Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa penyikiran wazir besar iaitu Kara Mustafa yang telah banyak berjasa kepada sultan Murad IV. Bonda dan isteri-isterinya telah menghasut kaum Inkishariyah agar mereka menuntut supaya sultan ibrahim menyerahkan kepala wazir tersebut kepada mereka. 
  • Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah juga, disebabkan kerana kezaliman pemerintah, sultan telah melaksanakan pemerintahan secara kuku besi.malah para pembesar yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya akan dipecat atau dipenjarakan. Hal ini telah menyebabkan segelintir masyarakat tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran sultan dan cuba untuk mengulingkan kuasa pemerintahannya.



KESAN TERHADAP NEGARA UMAT ISLAM

  • lahirnya golongan birokrat yang pro barat, yang sekali gus telah melahirkan golongan yang memandang tinggi terhadap orang barat.Unsur sekularisme telah meresap masuk ke dalam pentadbiran, perundangan, pendidikan, pertahanan dan yang paling penting adalah pemikiran penduduk Turki Uthmaniyyah.
  • Penduduk semakin terpengaruh dengan gaya hidup orang barat yang menjadikan mereka kufur dengan perbuatan seperti meminum arak dikalayak ramai, menari dan bergaul bebas dan mereka juga telah meninggalkan ajaran agama 
  • Kejatuhan karajaan islam yang agung ini telah menyebabkan, berlakunya perubahan dari segi perundangan,yang mana undang-undang yang digunakan dalam pentadbiran adalah berdasarkan undang-undang yang menerapkan unsur sekular.
  • kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi perubahan dalam bidang pendidikan. Bidang pendidikan mula diterapkan dengan unsur-unsur sekularisme yang telah melahirkan golongan pro barat yang akhirnya telah melakukan perubahan besar terhadap kerajaan Turki.
  • kejatuhan karajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan terhadap institusi khalifah. Setelah Mustafa Kamal Ataturk memegang puncuk kepimpinan, beliau telah menghapuskan institusi kesultanan pada 1 november 1922 
  • beliau juga telah mengistiharkan Turki sebagai sebuah Negara republic di mana beliau sendiri telah mengangkat dirinya sebagai presiden yang pertama. Dengan bermulanya corak pemerintahan republic tersebut. maka sistem khalifah yang diamal di Negara islam itu telah berakhir pada 29 november 1923
  • Umat islam telah menerima kesan yang sangat mendalam ekoran daripada sikap Mustafa Kamal yang banyak melarang umat islam untuk mengikut ajaran islam mengeluarkan arahan larangan azan dalam bahasa arab, wanita-wanita juga dilarang untuk menutup aurat.
  • Umat islamdi Negara-neraga islam lain telah berpecah dengan dasyat mengikut Negara masing-masing dengan idetiti bangsa dan ideologi masing-masing yang kebanyakkannya telah dipengaruhi oleh budaya barat.
  • Hal ini telah menyebabkan Negara umat islam menjadi lemah dan mula dijajah satu persatu oleh kuasa barat yang sememangnya menantikan saat-saat tersebut. Campurtangan kuasa barat semakin meluas di Negara-negara umat islam, Negara umat islam dibahagi bahagikan oleh Kuasa Berikat bagi tujuan penaklukan.









LAMPIRAN

Meriam Raksasa Kerajaan Turki Uthmaniyah Pada Abad Ke-15
The Great Bombard, Senjata Tercanggih Umat Islam Pada Abad Ke 15







Gambaran Suasana Peperangan Di Atas Kapal. Sultan Muhammad Ii Memimpin Peperangan




Gambaran Kapal-Kapal Angkatan Laut Turki Ustmani Yang Sedang Menggempur Kapal Musuh



Peluru-Peluru Raksasa Great Bombard Yang Beratnya Mencapai 1600 Kilogram





Jajahan Kerajaan Uthmaniyah





                               Uthman Bin Ertughul Bin Sulaiman Syah








Bendera Turki










KESIMPULAN

Kerajaan Turki Uthmaniyyah sememangnya merupakan sebuah empayar islam yang agung di dunia sehingga dikatakan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana empayar selepasnya. Walaubagaimanapun keagungan dan kejayaan empayar tersebut akhirnya telah mengalami kemerosotan dan kejatuhan ekoran daripada faktor dalaman dan juga luaran yang banyak memberi tekanan kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Kerajaan Uthmaniyyah pernah berada di posisi hebat dengan menguasai  dunia Timur dan Barat, termasuk juga benua Afrika. Penguasaan mereka ke atas tiga benua ini menjadikan mereka sebagai kuasa yang dihormati.  Namun, seakan membenarkan ’teori kitaran’ Ibn Khaldun, Kerajaan ini mengalami kitarannya yang tersendiri. Setelah mengalami beberapa masalah, di samping kesukaran menjaga wilayah mereka yang luas tersebut, Uthmaniyyah mengalami zaman kemerosotan. Zaman tersebut  telah diambil kesempatan oleh pihak kuasa Barat untuk bertindak semula mendapatkan wilayah-wilayah yang pernah jatuh ke tangan Uthmaniyyah. Kejatuhan Uthmaniyyah ini menandakan berakhirnya penguasaan empayar Islam ke atas dunia. Apa yang penting, sejarah ini perlu  diambil iktibar, bukan semata-mata menjadi catatan yang tersemat di dalam buku.






RUJUKAN



  •         BUKU PENGAJIAN TAMADUN ISLAM
 TERBITAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL,JABATAN PENGAJIAN              AM,POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

  •          BUKU ERA KEBANGKITAN KERAJAAN UTHMANIYAH
          TERBITAN : HIJJAZ RECORDS PUBLISHING
          PENULIS : MOHD FIKRI BIN CHE HUSSIN